*BAB 1 ~
Assalamualaikum..
Keadaan di Universiti ini sungguh cantik, bersih dan luas. Kedengaran bunyi
burung-burung berkicauan, kolam air terjun yang tenang dan udaranya juga
sungguh segar. Tetapi keadaan mulai berubah menjadi riuh rendah di kantin.
Rupa-rupanya ia datang daripada seorang jejaka yang sungguh tampan sedang
menggelabah di depan komputer ribanya. Kertas-kertas kerjanya bersepah di atas
meja kantin. Namanya Muhammad Iskandar Dzulqarnaen. Wah! Sedap sungguh bunyinya.
Namanya begitu panjang! Tetapi kebanyakkan orang hanya memanggilnya Ayai
sebagai nama panggilan. Ayai berumur 20 tahun. Dia merupakan junior di Universiti ini.
Ayai berkata kepada dirinya sendiri “Aduhh! susahnya projek ini!”
Tiba-tiba
ada orang memeranjatkannya dari
belakang. “Ayai!!!” Jerit mereka. Ayai terkejut dan memarahi mereka “Woi! Tidak
ada kerja ke?!” Rupa-rupanya yang memeranjatkan Ayai ialah Danial dan Amri. Mereka bertiga
merupakan kawan baik. Danial bertanya “Apa yang kau buat ini? projek ya?” Ayai
menjawab “Yelah. Pening lah buat benda ini. Tolong aku siapkan boleh? hehe.” Amri
berkata “Boleh! Tolong tengok.” Ayai memasamkan mukanya. Danial berkata “haha,
marilah aku tolong.” Lalu muka masam Ayai sudah berubah menjadi gembira.
Dalam masa
yang sama ada seorang gadis juga sedang menyiapkan projeknya di kantin. Dia
memakai baju kurung berwarna merah jambu. Tempat duduknya tidak terlalu jauh
daripada tempat duduk Ayai. Namanya Nurulhuda. Dia seorang junior sama seperti Ayai
dan juga satu kuliah dengan Ayai tetapi mereka tidak mengenali satu sama lain
kerana masih baru lagi.
Tiba-tiba kedengaran
seperti orang memberi salam. “Assalamualaikum!” Huda menjawab salam itu dan
memalingkan kepalanya ke arah suara tersebut. Rupa-rupanya mereka adalah
Farrah, Aisyah, Elina dan Eizanie. Huda berkata “Eh, kemanakah awak semua pergi
tadi? Sudah lama kita tunggu.” Aisyah menjawab “Minta maaf ya, tadi kami
bereempat pergi beli barang di kedai buku kemudian kami pergi ke tandas. Lama
sungguh Farrah bersolek!” Farrah menyampuk “Eh! Kita pula. Awaklah!” Huda
berkata “Hehe, tidak mengapa. Lagipun semasa sedang menunggu awak semua, kita
tengah siapkan projek ini.” Eizanie membalas “Oh, projek yang hari itu ya?
Rajinnya awak siapkan! kita nak buat nanti.” Elina pula berkata “Eizanie malas!
hehe, kita sudah lama siap.” Eizanie meletakkan tangannya dibahu dan matanya memandang
ke arah langit. Mereka semua ketawa.
Ketawa
mereka sungguh kuat sehinggakan Ayai dan rakan-rakannya memandang ke arah
mereka. Mereka pun senyap. Ayai membisikkan sesuatu kepada Danial dan Amri. “We,
comel lah budak yang pakai baju merah jambu tu!” Amri berkata “Amboi! Kau ini
pantang nampak perempuan kan.” Danial pula berkata “Baju ungu tu pun comel
juga! haha.” Amri membalas “Ini lagi sorang! Aku pun nak jugak lah ! Hah, baju
Hijau tu aku punya!” Mereka pun ketawa kecil. Ayai berkata “Sudah la, siapkan ini
dulu barulah usha usha! haha.” Kemudian , mereka meneruskan dengan kerja mereka
tadi. Amri bertanya “Ayai, sekarang pukul berapa?” Ayai menjawab “Sekarang pukul
8. ehh!!! Kita kena masuk dewan kuliah sekarang! cepat!” Kemudian mereka
mengemas barang barang dan berlari ke dewan kuliah.
Farrah
berkata “Eh, Mengapa mereka lari lari tu?” Huda menjawab “Tidak tahu lah.”
Kemudian Huda menengok jam tangannya. Huda menjerit “Farrah! Sudah pukul 8 la!
Kita berdua kena pergi dewan kuliah sekarang. Cepat cepat!” Farrah berkata
“Yelah kan! Tidak perasan pula! kemas cepat!” Huda dan Farrah mengemas barang-barang
dan berlari sambil melambai ke arah rakan-rakannya yang lain. Eizanie berkata “Apalah
mereka berdua ini. Sudah la, marilah kita pergi.” Kemudian Aisyah, Eizanie dan
Elina pun beredar dari situ.
Apabila
sudah sampai di dewan kuliah, Huda dan Farrah segera mencari tempat duduk. Ayai
berkata kepada Danial dan Amri “We, tu perempuan tadi la!” Danial membalas
“Yelah kan. hehe, tidak perasan pula mereka satu kuliah dengan kita.” Amri pula
berkata “Alah, yang baju hijau tidak ada lah. hmm.”
Apabila
sudah menjumpai tempat duduk, Farrah berkata “Fuhh, nasib baik Prof Ammar tidak
datang lagi.” Huda membalas “Itu dia baru sampai! SHHH!” Apabila Profesor Ammar
Haiqal memasuki dewan kuliah itu, keadaan menjadi senyap. Prof Ammar berkata
“Assalamualaikum semua. Okay, please open your Biology book .” Kemudian mereka
mengeluarkan buku Biologi masing-masing . Huda membuka begnya dan mencari buku
Biologi tetapi tidak ada. Huda berasa bimbang. Dia membisikkan sesuatu kepada
Farrah “Farrah, awak ada terambil buku Biologi kita tidak?” Farrah menggeleng.
Ayai juga
masih mencari-cari buku biologinya di dalam beg. Dia juga tidak membawa buku.
Tiba-tiba Prof berkata “Siapa yang tidak bawa buku sila berdiri sekarang.” “Ish,
sebelum ini tidak pernah pun suruh orang yang tidak bawa buku berdiri. Masa aku
tidak bawa lah dia nak panggil.” kata Ayai sambil menghayunkan sikunya. Kemudian
mereka pun berdiri secara perlahan-lahan. Hanya dua orang yang tidak membawa
buku iaitu Ayai dan Huda. Prof Ammar berkata “Hmm , apa nama kamu berdua?” Ayai
menjawab “Nama saya Iskandar.” Huda pula menjawab “Nama saya Huda.” Kemudian
prof berkata “Baiklah, kamu boleh duduk. Kongsi buku dengan rakan sebelah.” Lalu,
mereka pun duduk. Huda berasa pelik dan berkata di dalam hati “Mengapa prof
tiba-tiba suruh orang yang tidak bawa buku berdiri lepas itu tanya nama. Hmm,
peliknya.”
Ayai berkata
perlahan sambil memandang ke arah Huda “Oh, nama dia Huda rupanya. Hehe.”
Danial dan Amri hanya menggelengkan kepalanya.
Pejam celik
Pejam celik, sekarang sudah pukul 6 petang. Masa untuk mereka pulang. Semasa
Huda dan Farrah keluar dari dewan kuliah, Ayai dan rakan-rakannya sudah
menunggu mereka berdua di luar. Ayai menjerit “Huda !” Huda dan Farrah memberhentikan
langkahnya dan memandang ke arah suara itu. Ayai melambai-lambai tangannya ke
arah Huda. Huda tidak menghiraukan Ayai lalu menarik tangan Farrah dan menyambung
langkahnya. Ayai berlari ke arah Huda dan memanggil lagi “Eh! Sekejap sekejap!”
Huda memusing belakang dan berkata “Ya, Ada apa?” Ayai menjawab “Err,
Assalamualaikum. Nama saya Iskandar Dzulqarnaen. Boleh panggil saya Ayai. Ini
Danial dan Amri. Awak pula?” Huda membalas “Waalaikumsalam. Saya Nurulhuda. Panggil
saya Huda. Ini Farrah.” Ayai menjawab “Oh, Danial ini nak berkenalan dengan
Farrah. So, ini nombor telefon Danial.” Kemudian Ayai menghulurkan sekeping kertas kecil dan memberinya
kepada Farrah. Danial berkata “Eh! Aku pula!” Ayai menutup mulut Danial.
Kemudian Farrah mengambil kertas itu dan mukanya sudah menjadi merah. Amri
berkata “Huda, kirim salam kat kawan awak yang baju hijau tadi tu ya. hehe.”
Huda senyum lalu mengangguk. Ayai berkata “Huda, saya nak nombor telefon awak boleh?
hehe.” Huda menjawab “Hmm, Ala tak perlu pun.” Ayai membalas “Alah, boleh la
boleh la!” Huda malas mahu melayan karenah Ayai. Huda mengeluarkan sekeping
kertas kecil dan menulis nombor telefonnya lalu memberikan kertas itu kepada Ayai.
Huda berkata “Okay, We have to go now! Assalamualaikum.” Ayai menjawab “Terima
kasih. Bye Huda! Waalaikumsalam.”
Danial
melambai-lambai Farrah dan Farrah melambainya semula. Lalu Huda dan Farrah berjalan
laju ke arah kereta Elina. Mereka pergi dan pulang dari Universiti dengan
menaiki kereta Myvi Elina yang berwarna purple yang penuh dengan gambar-gambar
Justin Bieber. Elina merupakan peminat setia Justin Bieber. Kesemua CD Justin Bieber
yang dijual di pasaran sudah dibeli oleh Elina. Wow! Hebat bukan? hehe.
Apabila
Elina sudah nampak Huda dan Farrah, dia berkata “Ya Allah! Awak berdua pergi
mana? Lama kitorang tunggu tau!” Farrah membalas “Sorry sorry. Mari lah balik
sekarang.” Lalu, mereka pun menaiki kereta dan pulang ke rumah.
Semasa dalam
perjalanan pulang , Eizanie bertanya Huda dan Farrah “Huda, Farrah! Tadi tu awak
berdua pergi mana lama lama?” Huda menjawab “Tadi ada tiga orang budak lelaki
jumpa kita dengan Farrah. Tidak silap nama dia Ayai, Danial dan Amri. Danial minat
kat Farrah. hehe. Oh ya, sebelum kita terlupa. Amri ada kirim salam dekat
awaklah Eizanie.” Aisyah berkata “Wah! Farrah dan Eizanie ada peminat lah!”
Farrah berkata “Eh, Ayai pula suka Huda! Hehe, Danial tu comel.” Eizanie
berkata “Hah? Dia kirim salam dekat kita? hehe, Waalaikumsalam.” Elina berkata
“Patut lah lama sangat kita tunggu. Ish ish! Awak semua ini gatal kan?” Huda
berkata “Eh, mana ada! Budak budak lelaki tu yang panggil kita.” Eizanie membalas
“Yelah Huda. Sebenarnya awak suka kan. Cuma tidak mahu mengaku!” Muka Huda kemerah-merahan.
Mereka semua ketawa terbahak-bahak.
Apabila
sudah sampai di rumah, Mereka solat Asar berjemaah. Selepas selesai solat,
mereka duduk di lantai dan berborak tentang perkara yang berlaku tadi. Eizanie
berkata “Huda, budak yang kirim salam kat kita tu nama dia Amri kan? Dia tu nampak
baik ke nakal ke apa?” Huda menjawab “Kita tengok dia nampak macam baik sahaja
macam kawan-kawan dia juga lah. Mengapa? Awak suka ya? hehe.” Farrah berkata
“Danial tu comel! Dia baik juga. Amri tu pun boleh la tahan. hehe, kita gurau
la.” Aisyah berkata “Farrah tidak habis-habis cakap Danial comel, Danial comel!
Awak semua ini gatal betul lah! Tengok kita dengan Elina, tidak ada pun tau.
Kan Elina?” Elina menyokong “Betul tu! Tapi kalau ada calon, kita pun mahu
juga. hehe.”
*Buzz Buzz*
Kedengaran seperti bunyi telefon yang bergetar. Huda segera bangun dan
mengambil telefonnya. Huda berkata “Ada orang telefonlah. Sekejap ya.” Huda pun
duduk di atas katil dan menjawab panggilan itu “Hello, Assalamualaikum.”
Pemanggil membalas “Waalaikumsalam. Hai Huda!” Huda berkata “Umm, hai. Ini
siapa?” Pemanggil itu menjawab “Ini Ayai lah! Ayai! ” Huda membalas “Oh, ada
apa Ayai?” Ayai berkata “Awak, Danial minta nombor telefon Farrah la. Boleh?”
Huda menjawab “Danial? Sekejap ya, saya tanya Farrah.” Kemudian Huda memanggil
Farrah dan berkata “Eh, Farrah! Sini sekejap!” Farrah berlari ke arah Huda dan
berkata “Ya, Mengapa awak panggil kita?” Huda membalas “Ayai kata, Danial minta
nombor telefon awak. Awak mahu bagi ke tidak?” Farrah senyum lebar dan
mengangguk dengan bersemangat. Kemudian Huda memberitahu Ayai “Ayai! Farrah kata
boleh. Nombor telefon dia 0198765432.” Ayai berkata “Oh, Ok. Danial kata terima
kasih . Huda, kita kan satu kuliah kan? Esok pagi awak dan Farrah tunggu saya
dan Danial di kantin, kemudian kita masuk dewan kuliah sama sama. Boleh?” Huda
menjawab “Umm, tidak tahu lah. tengoklah esok.” Ayai membalas “Ala, boleh la!
Please.” Muka Huda kemerah-merahan. berkata “Hmm, InsyaAllah. Tengoklah esok ya. Assalamualaikum.
Bye bye.” Ayai membalas “Waalaikumsalam. Bye!”
Kemudian
mereka mematikan telefon. Huda sudah mula tersenyum lebar. Sebenarnya Huda mahu
tetapi dia ini seorang yang sangat pemalu. Aisyah berkata “Amboi, senyum sampai
ke telinga cik Huda ini.” Huda seperti tidak mendengar perlian Aisyah kerana
dia sedang berangan. Farrah berkata “Wah! Danial minta nombor telefon kita!”
Eizanie membalas “Haha, suka lah tu.” Huda bertanya “Farrah, esok Ayai dan Danial
suruh kita tunggu kat kantin. Dia kata nak masuk dewan kuliah sama-sama. Awak
nak ke?” Farrah menjawab “NAK!!” Elina berkata “Semangat betul kawan kita seorang
ini. Eh, esok Hujan lah! Tidak boleh jumpa. Hehe.” *kring kring* Ada lagi bunyi
telefon. Kali ini telefon Farrah pula. Huda berkata “Hah, itu mesti Danial!”
Farrah menjerit “SHHH! Jangan bising!” Lalu, Farrah menjawab panggilan itu dan
berkata dengan suara yang lembut “Assalamualaikum.” “Halo, ini Pak Wardo ya?
Ini aku Jali. Aku mahu ketemu sama kamu sekarang . Ada kerja baru dong! Mahu
ikut enggak?” Kata Si pemanggil dengan loghat indonnya. Farrah menjawab “Eh,
maaf. Awak silap nombor ini.” Kemudian Farrah segera mematikan telefonnya.
Aisyah
berkata sambil tergelak gelak “Hahahah! Bukan main lagi suara lembut dia tu.
Rupa-rupanya mamat indon!” Farrah sangat malu kerana diketawakan rakan-rakannya
itu . Huda berkata “Ala , jangan lah gelak. Kesian Farrah. Nanti dia merajuk
pula.” Elina menyambung “Eh, Pak Wardo(Farrah) merajuk lah! Hahaha!” Kemudian
mereka memujuk-mujuk Farrah. Farrah berkata “Sudah sudah, kita nak tidur lah.
Esok nak bangun awal pergi U! Bye, Assalamualaikum.” Kemudian Farrah pun pergi
tidur. Rakan-rakannya yang lain juga masuk tidur di bilik kongsi mereka. Huda
berkongsi bilik dengan Farrah. Aisyah pula berkongsi dengan Eizanie dan Elina.
Jam sudah
menunjukkan pukul 2 pagi. Mata Huda masih terkelip kelip memandang siling
rumahnya. Huda memandang Farrah disebelahnya yang sudah tidur dibuai mimpi.
Huda cuba mengejutkan Farrah tetapi Farrah tidak dia menghiraukannya. Malah dia
menarik selimut dan menutup seluruh tubuhya. *Buzz Buzz* Kedengaran bunyi
telefon. Huda melihat telefonnya.
Rupa-rupanya, Ayai menghantar mesej.
Ayai berkata
“Assalamualaikum Huda! Awak sudah tidur ke?” Huda membalas “Waalaikumsalam .
Belum lagi. Awak nak apa?” Selepas 2 minit telefonnya berbunyi lagi. Ayai
berkata “Tidak ada apa-apa. Saja nak mesej mesej dengan awak. Hehe.” Huda
membalas “Hmm, sudah la. Kita nak tidur ini. Assalamualaikum.” Selepas beberapa
minit , Ayai menelefon Huda . Getaran telefon itu sangat kuat. Tiba-tiba Farrah
menjerit “AAAARRRR!!!” Huda berasa takut tetapi dia hanya mendiamkan diri. Huda berkata “Farrah ini mengigau ke?” Huda
tidak mahu mengangkat panggilan telefon itu . Ayai cuba menelefonnya lagi. Huda pun terpaksa
mengangkat telefon kerana dia tidak mahu mengejutkan Farrah yang sedang tidur.
Huda berkata
“Hello. Assalamualaikum, awak nak apa telefon saya tengah tengah malam ini!” Ayai
menjawab “Waalaikumsalam. Alolo, comelnya suara dia bila marah. Hehe, sorry
lah. Saya tidak ada kawan nak borak. Saya tidak boleh tidur lagi ini. Boleh tak
awak temankan saya? Hehe.” Huda membalas “Hmm, yelah. Tapi sekejap saja ya! Saya
sudah mahu tidur.” Ayai berkata “Ok Huda. Eh, saya nak tanya awak sesuatu
boleh?” Huda menjawab “Tanyalah.” Ayai membalas “Awak ada suka sesiapa?”Huda
membalas “Err , Mengapa tanya begitu?” Ayai berkata “Jawablah soalan kita tu
dulu.” Huda menjawab “Kita suka dekat Ayai! Haha, tidak adalah. Tidak suka
sesiapa pun lah.” Ayai membalas “Awak suka saya? Wah, awak suka saya lah! Haha,
sudahlah. jangan tipulah. Mengaku sahaja awak suka saya.” Huda berkata “Awak ini
perasan sahaja lebih. Saya gurau lah tadi tu.” Ayai membalas “Tipu! Tipu! Awak suka
saya! Kantoi sudah!” Huda berkata “Cakap lah apa awak nak cakap ya.” Ayai membalas
lagi “Haha, oklah Huda. Pergilah tidur. Saya pun mahu tidur. Assalamualaikum. Jumpa
esok ya.” Huda berkata “Hmm, baiklah. Waalaikumsalam.”
Pada
keesokan harinya, Farrah bangun pukul 5.30 pagi. Awalnya! Hari ini dia tidak
sabar untuk pergi ke Universiti kerana dia mahu berjumpa dengan Danial. Hari ini,
Farrah sudah menyiapkan dirinya lebih awal dari hari biasa. Huda, Elina, Aisyah
dan Eizanie masih bersiap lagi. Farrah menjerit “Awak semua ini lambatnya
bersiap! Kita sudah lama siap tau.” Huda membalas “Eleh, bukan kitorang yang
lambat siap tapi awak yang terlebih awal.” Eizanie menyampuk “Farrah bersiap
awal sebab dia mahu jumpa Si Danial tu.” Elina menjerit “Kita sokong!” Aisyah
berkata “Patutlah Farrah pakai cantik cantik terlebih hari ini, hehe.” Farrah
memarahi mereka “Awak semua ini cemburu ya? Cepatlah bersiap! Kita sudah lambat
ini.” Farrah sangat beria-ia mahu pergi awal, sedangkan baru pukul 6.00 pagi.
Huda berkata “Farrah, sabarlah. Subuh pun belum lagi ini.” Farrah pun
mendiamkan diri .
*Allahuakbar
Allahuakbar!* Azan subuh sudah kedengaran. Selepas Farrah selesai mandi, dia sudah
mengambil wudhu’. Apabila Farrah sudah mendengar azan dia berlari ke arah
telekungya dan segera memakai telekung itu. Huda berkata di dalam hati “Wah!
Bagusnya Farrah ini. Contoh yang sangat baik. Bagus-bagus.”
Jam
menunjukkan pukul 7.30 pagi. Mereka sudah bersedia di dalam kereta Elina. Elina
sedang memanaskan enjin keretanya. Farrah
menjerit “Elina! Lama lagi ke? Cepat lah!” Elina berkata “Sabar ya, kereta kita
ini kalau tidak panaskan nanti rosak. Kalau rosak tidak boleh pergi Universiti awal. Kalau tidak
boleh pergi awal, tidak dapat lah awak jumpa mata air awak tu. Hahaha!” Farrah
mendiamkan diri. Kemudian Elina menjerit “Hah! Ok, sudah beres. Mari gerak.”
Rakan-rakannya yang lain terkejut dengan jeritan Elina. Lalu, Elina menaiki
kereta dan mereka pun pergi ke Universiti.
Dalam
perjalanan, Farrah tersenyum lebar sambil ketawa kecil sendirian. Aisyah
berkata “Mengapa dengan awak ini Farrah?” Eizanie membalas “Dia tidak sabar nak
jumpa Danial. Haha.” Elina tidak berkata apa apa kerana dia menumpukan
perhatian membawa kereta. Farrah tidak menjawab soalan Aisyah malah menyuruh Elina
membawa kereta dengan laju. Farrah menjerit “Elina! Laju lah sedikit, barulah
boleh pergi awal!” Huda berkata “Elina, jangan dengar cakap Farrah. Bahaya lah
bawa kereta laju laju.” Elina hanya mengangguk. Farrah mengeluh. Aisyah berkata
“Farrah, sabar lah. Mesti dia tunggu awak punya lah. Sekarang baru pukul 7.35.”
Farrah diam.
Apabila
sampai di Universiti, tiba tiba sahaja Farrah sakit perut. Farrah berkata “Huda!
Mari pergi tandas sekejap. Yang lain pergilah dewan kuliah masing-masing ya.
Bye!” Huda mengangguk dan mereka berdua pergi ke tandas. Elina, Aisyah dan
Eizanie pun berjalan ke dewan kuliah mereka. Farrah dan Huda sudah lupa yang
Danial dan Ayai sedang menunggu mereka di kantin.
Ayai berkata
“Eh, lambatnya mereka ini.” Danial membalas “Mungkin mereka tidak datang hari ini.”
Ayai berkata “Alaaa, Mengapa tidak datang pula. Hmmm. Eh, sudah lambat lah. Kau
hendak tunggu lagi?” Danial membalas “Marilah, mereka tidak datang rasanya.”
Kemudian mereka berdua pun berlari ke dewan kuliah.
Huda
menjerit “Farrah! Cepatlah! Kita sudah lambat!” Farrah membalas “Sekejap lah!
Lambat sedikit tidak mengapa lah.” Huda sangat risau. Dia takut dimarahi Prof
Ammar. Huda menengok jamnya. Sudah pukul 8.15 pagi. Huda menjerit lagi
“Farrah!!” Farrah berkata “Ya! Kita nak keluar lah ini.” Kemudian Farrah
membuka pintu tandas lalu membasuh tangannya. Kemudian mereka segera pergi ke
dewan kuliah.
Apabila
sudah sampai di dewan, mereka lihat Prof Ammar masih belum masuk. Huda berkata
“Alhamdulillah..” Mereka berdua berasa sangat lega. Mereka berdua pun mencari
tempat yang masih kosong. Disebelah Ayai ada dua tempat kosong, mereka terpaksa
duduk di situ. Semasa mereka sedang berjalan menuju ke meja yang kosong itu, Ayai
memanggil Huda. “Huda!” Lalu, Huda memandang ke arahnya. Farah turut memandang.
Ayai dan Danial sedang melambai-lambai dengan begitu semangat. Huda dan Farrah
senyum sahaja. Apabila mereka sudah duduk, Ayai berkata “Yay! Huda duduk kat
sini.” Dia tersenyum lebar. Huda berkata “Hmm, terpaksa lah.” Danial
melambai-lambai Farrah. Farrah turut melambai Danial. Meja-meja di situ
mempunyai jarak dari meja-meja yang lain jadi, tidak salah Huda duduk di meja
sebelah Ayai.
Ayai
bertanya “Huda, Mengapa lambat hari ini? Saya ingatkan awak tidak datang.” Huda
menjawab “Tadi Farrah…” Belum sempat Huda menghabiskan ayatnya, Farrah sudah
menyampuk “Err, tadi ada kecemasan sikit. Hehehe.” Danial menjawab “Oh.”
Tiba-tiba ada seorang lelaki berumur memasuki dewan kuliah lalu berkata
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Maaf semua, hari ini Prof Ammar kurang
sihat. Pensyarah-pensyarah lain tidak ada yang boleh menggantikan Prof Ammar
kerana jadual mereka sangat ketat. Saya minta maaf lagi sekali. Sekarang kamu
semua boleh pergi berehat-rehat di kantin sementara tunggu kelas seterusnya
iaitu 2 jam lagi. So, have Fun!”Kemudian mereka semua pun beredar dari situ.
Huda dan Farrah mahu pergi makan di kantin. Mereka pun berjalan keluar dari
dewan kuliah. Semasa sedang berjalan tiba-tiba ada seseorang mencuit bahu
Farrah. Farrah memandang belakang dan dia nampak Danial. Danial berkata
“Assalamualaikum Farrah!” Huda turut memandang belakang. Farrah menjawab salam
“Waalaikumsalam Danial.” Danial membalas “Mari pergi beli makanan.” Farrah
berkata “Eh, Huda macam mana.” Tiba tiba Ayai menyampuk “Kalau tentang Huda, awak
jangan risau. Awak berdua pergilah ya. Bye!” Huda berkata “Eh! Farrah!” Farrah
berkata “Mari lah pergi sekali.” Ayai berkata “Eh, awak berdua pergi dulu.
Nanti saya dengan Huda akan menyusul.”
Kemudian Farrah dan Danial pergi kantin. Huda
berasa letih jadi berjalan ke arah kerusi kosong itu. Ayai mengikutinya dari
belakang. Apabila Ayai mahu duduk Huda berkata “Eh, tidak boleh duduk! Awak berdiri
ya.” Ayai membalas “Ala, saya mahu duduk juga.” Huda berkata “Baiklah, awak
duduk. Saya pergi dahulu. Bye.” Huda pun bangun dan berjalan laju ke arah hadapan.
Huda tidak tahu ke mana arah tujunya tetapi dia tetap berjalan. Huda sengaja
tidak mahu berborak dengan Ayai kerana Huda berasa malu. Ayai berkata “Eh!
Huda, tunggu saya.” Ayai berlari ke arah Huda dan menahannya. Ayai berkata lagi
“Huda, janganlah lari! Kesian saya seorang diri di belakang tadi.”
Ramai orang
yang berada di situ memandang gelagat mereka berdua. Huda membalas “Hmm, baiklah.”
Ayai berkata “Huda! Saya ada sesuatu nak bagi awak.” Huda mendiamkan diri. Ayai
menarik beg Huda dari tangannya dan memasukkan sekeping kad. Huda berasa
terkejut dan berkata “Eh, apa benda yang awak masukkan itu?” Ayai menghulurkan
beg Huda dan berkata “Nah beg. Awak baca kad itu dirumah nanti ya, hihi.” Huda
mengambil begnya. Dia senyum lalu mengangguk. Kemudian Huda berkata “Ayai! Saya mahu pergi
kantinlah.” Ayai menjawab “Oh, Huda pergi dahulu ya. Saya mahu ke tandas
sebentar.” Huda mengangguk lalu berjalan ke kantin. Ayai pula berlari anak ke
tandas.
Semasa Huda
sedang membeli makanan, tiba tiba ada orang memberi salam. “Assalamualaikum..”
Huda menjawab “Waalaikumsalam.” Lalu Huda memandang belakang. Rupa-rupanya
orang itu Ayai. Huda segera memandang ke hadapan semula. Ayai pergi ke sebelah
Huda dan berkata “Huda beli apa?” Huda menuding jarinya ke arah makanan yang
mahu dibeli itu. Huda berkata kepada penjual makanan “Makcik, saya mahu nasi lemak
satu dan air mineral satu ya.” Ayai berkata “Acik, saya bayar. Berapa harganya?”
Penjual makanan itu berkata “RM2.00 sahaja.” Huda berkata “Eh, tidak apa. Saya
bayar ya cik.” Ayai menyampuk “Saya yang bayar.” Acik itu berkata “Aduhh, mana
satu ini? Pening kepala saya.” Ayai dan Huda pun menghulurkan duit mereka.
Acik itu menolehkan
kepalanya ke duit Ayai kemudian menolehkan kepalanya ke duit Huda. Lalu, dia mengambil
duit Ayai dan berkata “Sudah, saya ambil duit dia. RM2.00 je pun, tak perlu
bergaduh. Terima kasih ya. Eh, Awak berdua ni serasi betullah, hehe.” Huda diam
dan menyimpan duitnya tadi. Ayai memandang Huda dan senyum kepadanya. Huda menjelir lidahnya lalu dia pergi membawa
makanan yang dibeli tadi ke meja yang telah diduduki oleh Farrah. Tetapi Huda
lihat Farrah dan Danial sedang berborak borak. Huda tidak mahu menganggu mereka
jadi dia mencari meja yang lain. Apabila sudah menjumpai meja, Huda duduk menjamu
makanan yang dibeli. Apabila dia sedang enak menikmati nasi lemak itu, tiba
tiba Ayai datang dan duduk di hadapan Huda. Huda tidak menghiraukannya. Ayai
pandang sahaja Huda yang sedang makan. Ayai berkata “Ala comelnya cara dia
makan. Hehe, nak sikit boleh.” Huda berkata dengan suara yang sangat perlahan “Pergilah
beli sendiri.” Ayai berkata “Apa? Tidak dengar lah.” Huda menguatkan suaranya “Pergilah
beli sendiri!” Ayai berkata “Oh, malaslah. Nanti kalau saya pergi beli makanan,
awak tinggal seorang diri. Saya teman awak makan sahajalah.” Huda membalas “Tidak
perlu teman, Saya seorang diri pun tidak apalah. Lagipun bukan lama pun beli
makanan.” Ayai berkata “Lamalah. Lebih dari seminitkan lama. Hehe.” Huda ketawa
kecil.
Tiba-tiba
kedengaran bunyi orang menjerit memanggil nama Huda “Huda!!” Mereka ialah Eizanie, Elina dan Aisyah. Elina
berkata “Amboi! Awak berdua berdating ya! Hahaha.” Aisyah pula berkata
“Sweetnya!” Huda berkata “Eh, tidak! Mana adalah! Jangan salah faham.” Eizanie
bertanya “Haha, bertenang Huda. Kami bergurau sahaja. Eh, mana Farrah?” Huda
menuding jarinya ke arah Farrah. Elina berkata “Oh, berdating juga Farrah itu.”
Huda berkata “Awak semua baru keluar dari dewan kuliah ya?” Eizanie menjawab
“Yelah. Awak tidak masuk dewan kuliah ke?” Ayai menyampuk“Tadi kelas
dibatalkan. Pelajaran seterusnya bermula 10 minit lagi. Sebentar lagi kami
pergi.” Huda berkata di dalam hati “Ish, sibuk sahaja Ayai ini.” Kemudian Huda
berkata “Eh, kita pergi dulu ya. Waktu balik nanti awak semua tunggu kita dan
Farrah di tempat letak kereta Elina ya.” Mereka senyum dan mengangguk. Kemudian
Huda dan Ayai pergi ke meja Danial dan Farrah. Tiba-tiba Huda ternampak Amri
berlari anak ke arahnya. Mereka berdua memberhentikan langkah. Amri berkata kepada
Ayai “Assalamualaikum! Hai Ayai!” Ayai membalas “Waalaikumsalam. Hai!” Kemudian
Amri bertanya Huda “Huda! Huda! Mana kawan awak yang hari itu ya?” Huda berkata
“Itu dia.” Sambil menunjuk ke arah Eizanie. Amri bertanya lagi “ Okay.. Eh
sebentar! Apa nama dia ya?” Huda menjawab “Nama dia Nur Eizanie Bt. Muhd Idris.
Panggil dia Eizanie.” Amri mengangguk dan berkata “Thank you!” Lalu Amri pun
berjalan ke arah Eizanie. Huda dan Ayai pun menyambung langkahnya. Ayai berkata
“Danial! Farrah! Marilah kita masuk dewan kuliah. Selepas ini Puan Aina Farzana
pula yang masuk.” Danial dan Farrah pun bangun dan mereka bereempat memasuki
dewan kuliah.
Eizanie,
Elina dan Aisyah sedang rancak berbual-bual. Tiba-tiba Amri datang dan memberi salam
“Assalamualaikum.” Mereka membalas salam. Elina berkata “Waalaikumsalam. Ada
hal apa ya?” Amri menjawab “Umm, Nama saya Amri. Saya kawan Ayai dan Danial.”
Tiba-tiba muka Eizanie sudah menjadi merah. Aisyah berkata “Oh, awak budak yang
minat dekat Eizanie tu ya? Hehe.” Eizanie mencubit lengan Aisyah. Aisyah
memukul perlahan tangan Eizanie. Eizanie berkata “Oh, Amri. Ada apa ya?” Amri
menjawab “Umm, nak kenal dengan awak sahaja. Ini nombor telefon saya.” Amri
menghulurkan sekeping kad yang bertulis nama dan nombor telefonnya. Eizanie pun
mengambil kad itu dan berkata “Umm, okay.” Amri berkata “Saya mahu nombor awak
boleh?” Lalu, Amri mengeluarkan telefon bimbit Samsung Galaxy 3 nya. Eizanie
mengangguk dan memberitahu nombor telefonnya. Eizanie sudah pernah nampak Amri
sebelum ini tetapi dia tidak mengetahui namanya dan Eizanie juga sudah lama
sukakan Amri. Eizanie juga tahu tentang latar belakang Amri. Amri merupakan anak kepada Dato’ Azizuddin.
Dia seorang yang sangat kaya. Rumahnya banglo 3 tingkat. Wah!
Amri berkata
“Oh, kay thanks. I’ll call you later. Bye , I have to go now.” Eizanie membalas
“Okey, bye.” Kemudian Amri pun berjalan pergi dari situ. Eizanie berkata kepada
Elina dan Aisyah“Awak awak! Dialah Amri rupanya! Kita dah lama minat kat dia
tau.” Elina membalas “Haha, untunglah awak.” Aisyah berkata “Tahniah ya
Eizanie. Hehe. Eh, kita dah kena pergi dewan kuliah ini. Dah lambat! Bye!”
Elina dan Eizanie melambai Aisyah.
Aisyah pun
berlari anak masuk ke dewan kuliah. Tiba-tiba *DUSH* Aisyah terlanggar seseorang.
Aisyah terjatuh dan buku-bukunya berselerak di atas lantai. Aisyah berkata “Aduh..
Sorry sorry sorry! Saya nak cepat ni.” Aisyah memandang ke arah orang yang
dilanggarnya itu. Dia seorang lelaki yang tinggi dan sangat tampan. Orang itu
membalas “Eh, tidak mengapa.” Orang itu pun menolong Aisyah mengemaskan
buku-bukunya yang terjatuh. Apabila sudah selesai, Aisyah bangun dan berkata
lagi “Umm, saya minta maaf lagi sekali. Awak tidak apa apa?” Orang itu membalas
“Sepatutnya saya yang bertanyakan soalan itu kepada awak. Hehe. Hai, saya
Adzmi. Awak pula?” Aisyah berkata “umm saya Aisyah. Minta maaf ya, saya
terpaksa pergi dahulu. Assalamualaikum.” Aisyah pun berlari lagi sehinggalah
dia sampai di dewan kuliah. Adzmi hanya memandang Aisyah. Tiba-tiba Adzmi ternampak
sekeping kad kecil di atas lantai. Dia pun mengambil kad itu. Rupa-rupanya kad
itu adalah kepunyaan Aisyah. Ia tertulis nama, nombor telefonnya dan sepotong
ayat. Ayat itu berkata “I really hope I can find a guy that really cares about
me.” Adzmi pun berkata di dalam hati “Hmm, ada peluang ini. Hehe, nanti aku
mahu telefon dialah.” Lalu, Adzmi tersenyum lebar dan dia pun beredar dari
situ.
Selepas
beberapa jam, sudah tiba masanya untuk pulang. Elina, Huda dan Farrah sudah
berada di kereta. Cuma Eizanie dan Aisyah sahaja yang masih belum datang. Huda
berkata “Ish! Mana mereka berdua ini?” Farrah membalas “Itu lah! Semalam kita
yang lambat hari ini mereka pula.” Elina berkata “Dah, itu Eizanie sudah
datang.” Eizanie berlari ke arah mereka. Farrah bertanya “Awak pergi mana
tadi?” Eizanie membalas “Minta maaf, saya pergi tandas tadi.” Elina berkata “Oh.
Patutlah lepas habis kuliah itu awak sudah tidak ada. Kita ingatkan awak mahu
ke kereta.” Kemudian Aisyah pula datang. Huda bertanya “Cik puan, ke manakah
anda pergi?” Aisyah menjawab “Sorry, sorry. Kuliah kita habis lambat sikit
tadi. Pensyarah terangkan tentang projek.” Kemudian Elina berkata “Baiklah,
sekarang semua sudah ada. Lets go home!”
Semasa di
dalam kereta, Aisyah memberitahu rakan-rakannya tentang perkara yang berlaku
tadi. Rakan-rakannya tekun mendengar. Farrah berkata “Amboi! Aisyah pun dah ada
ya. Haha, hari itu bukan main lagi kata kita semua gatal.” Elina berkata
“Ha’ah. Aisyah Aisyah..” Aisyah membalas “Hehe, sorry sorry.” Huda berkata “Ada
ada sahaja awak semua ini. Haha.” Eizanie berkata “Haha, kita pun ada juga tau!”
Huda dan Farrah berkata serentak “Amri!” Mereka ketawa. Farrah menjerit “Eh, awak semua ingat tak yang
mamat indon telefon kita hari itu?” Mereka mengangguk. Farrah menyambung lagi
“Orang itu Danial lah! Hari itu, Semasa Prof Ammar tidak datang, kelas kita
boleh berehat-rehat, makan-makan dan boleh menyiapkan kerja masing-masing. Huda
pergi bersama Ayai dan kita pergi bersama Danial. Kita dan Danial pergi
kantin.Beberapa lama kemudian, Kita lihat Huda dan Ayai sedang bergaduh di
tempat membeli makanan. Masa tu, kita dan Danial berborak tentang bermacam
macam perkara sehinggalah Ayai dan Huda datang.” Mereka semua tersenyum.
Kemudian,
beberapa minit kemudian mereka pun sudah sampai di rumah. Jam menunjukkan pukul
7.30 malam . Mereka solat maghrib berjemaah. Selepas solat, Huda dan Elina
mononton drama korea yang bertajuk ‘Reply 1997’ sementara Aisyah, Farrah dan
Eizanie sedang bermain komputer riba mereka. Selepas 1 jam lebih berlalu, Huda
berkata “Eh, dah la. Sudah masuk waktu solat. Kita solat kemudian masuk tidur
ya.” Mereka pun bersetuju lalu mengambil wudhu’ dan bersedia untuk solat. Apabila
selesai, mereka masuk bilik masing-masing dan tidur.
Pada malam
itu, Huda tidak boleh tidur. Dia masih terfikirkan lagi tentang perkara di
Universiti tadi. Huda teringkatkan kad yang diberi oleh Ayai. Kemudian dia
bangun dari katil dan membuka lampu. Tiba-tiba Farrah bangun. Farrah berkata
dengan suara yang mengantuk “Huda.. Kenapa awak buka lampu?” Huda berkata
sambil mencari-cari kad itu di dalam beg “Sekejap. Saya terlupa nak baca kad
yang Ayai bagi tadi.” Kemudian Farrah pun bangun dan menjerit “Hah! Nak baca
juga!” Huda membalas “Ini dia! Sudah jumpa pun!” Kemudian Huda duduk di atas
katil. Farrah berkata “Wah! Warna merah jambu. Comelnya?” Huda tersenyum. Lalu, Huda membuka sampul kad dengan lemah-lembut
lalu membacanya..
Apabila Huda
membaca kad itu, mulutnya ternganga. Farrah menjerit “Fuhhh!!!” Huda mendiamkan diri. Farrah berkata “Jadi dia
suka awak. Awak suka dia?” Huda menjawab “Umm..” Farrah menjerit “Huda!” Huda
tersenyum kecil lalu mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu. Muka Huda menjadi
kemerah-merahan.
*Buzz Buzz*
Kedengaran bunyi telefon yang bergetar. Ada pemanggil. Huda mengambil telefon dan
melihat siapa yang memanggilnya. Ayai yang menelefon Huda. Huda berasa gementar
untuk bercakap dengan Ayai tetapi Huda tetap mengangkat. Huda berkata“Hello,
Assalamualaikum.” Ayai membalas “Hello. Waalaikumussalam. Huda! Awak sudah baca
ke kad yang saya bagi tu?” Huda berkata “Umm, sudah. Baru sahaja baca.” Ayai
membalas “Jadi..” Huda bertanya “Jadi apa?” Ayai menjawab “Umm, Huda..” sebelum
Ayai sempat menghabiskan ayatnya, Huda sudah menyampuk. “Sebenarnya saya dah
lama suka awak.” Ayai terkedu mendengar Huda kata begitu. Kemudian Ayai berkata
“Betul ke?” Awak selalu elakkan diri dari saya sahaja sebelum ini.” Huda
membalas “Umm, sebelum ni saya malu...” Ayai ketawa kecil. Ayai berkata “Ohh, okay..
hehe..” Huda membalas “Tapi saya rasa kita berkawan sahajalah ya.. Eh, dah lewat ini. Saya tidur dulu ya. Awak pun
pergilah tidur.” Ayai berkata “Okay, saya tak kisah. Assalamualaikum, bye!”
Huda membalas “Waalaikumsalam.” Lalu mereka mematikan telefon. Farrah yang
sedang mendengar perbualan mereka sedang terbayang-bayang wajah Danial. Farrah
berkata di dalam hati “Comelnya mereka berdua ini. Hehe.”

No comments:
Post a Comment