Wednesday, 20 March 2013

Bab 1 ♥


*BAB 1 ~
Assalamualaikum.. Keadaan di Universiti ini sungguh cantik, bersih dan luas. Kedengaran bunyi burung-burung berkicauan, kolam air terjun yang tenang dan udaranya juga sungguh segar. Tetapi keadaan mulai berubah menjadi riuh rendah di kantin. Rupa-rupanya ia datang daripada seorang jejaka yang sungguh tampan sedang menggelabah di depan komputer ribanya. Kertas-kertas kerjanya bersepah di atas meja kantin. Namanya Muhammad Iskandar Dzulqarnaen. Wah! Sedap sungguh bunyinya. Namanya begitu panjang! Tetapi kebanyakkan orang hanya memanggilnya Ayai sebagai nama panggilan. Ayai berumur 20  tahun. Dia merupakan junior di Universiti ini. Ayai berkata kepada dirinya sendiri “Aduhh! susahnya projek ini!”
Tiba-tiba ada orang  memeranjatkannya dari belakang. “Ayai!!!” Jerit mereka. Ayai terkejut dan memarahi mereka “Woi! Tidak ada kerja ke?!” Rupa-rupanya yang memeranjatkan Ayai  ialah Danial dan Amri. Mereka bertiga merupakan kawan baik. Danial bertanya “Apa yang kau buat ini? projek ya?” Ayai menjawab “Yelah. Pening lah buat benda ini. Tolong aku siapkan boleh? hehe.” Amri berkata “Boleh! Tolong tengok.” Ayai memasamkan mukanya. Danial berkata “haha, marilah aku tolong.” Lalu muka masam Ayai sudah berubah menjadi gembira.
Dalam masa yang sama ada seorang gadis juga sedang menyiapkan projeknya di kantin. Dia memakai baju kurung berwarna merah jambu. Tempat duduknya tidak terlalu jauh daripada tempat duduk Ayai. Namanya Nurulhuda. Dia seorang junior sama seperti Ayai dan juga satu kuliah dengan Ayai tetapi mereka tidak mengenali satu sama lain kerana masih baru lagi.
Tiba-tiba kedengaran seperti orang memberi salam. “Assalamualaikum!” Huda menjawab salam itu dan memalingkan kepalanya ke arah suara tersebut. Rupa-rupanya mereka adalah Farrah, Aisyah, Elina dan Eizanie. Huda berkata “Eh, kemanakah awak semua pergi tadi? Sudah lama kita tunggu.” Aisyah menjawab “Minta maaf ya, tadi kami bereempat pergi beli barang di kedai buku kemudian kami pergi ke tandas. Lama sungguh Farrah bersolek!” Farrah menyampuk “Eh! Kita pula. Awaklah!” Huda berkata “Hehe, tidak mengapa. Lagipun semasa sedang menunggu awak semua, kita tengah siapkan projek ini.” Eizanie membalas “Oh, projek yang hari itu ya? Rajinnya awak siapkan! kita nak buat nanti.” Elina pula berkata “Eizanie malas! hehe, kita sudah lama siap.” Eizanie meletakkan tangannya dibahu dan matanya memandang ke arah langit. Mereka semua ketawa.
Ketawa mereka sungguh kuat sehinggakan Ayai dan rakan-rakannya memandang ke arah mereka. Mereka pun senyap. Ayai membisikkan sesuatu kepada Danial dan Amri. “We, comel lah budak yang pakai baju merah jambu tu!” Amri berkata “Amboi! Kau ini pantang nampak perempuan kan.” Danial pula berkata “Baju ungu tu pun comel juga! haha.” Amri membalas “Ini lagi sorang! Aku pun nak jugak lah ! Hah, baju Hijau tu aku punya!” Mereka pun ketawa kecil. Ayai berkata “Sudah la, siapkan ini dulu barulah usha usha! haha.” Kemudian , mereka meneruskan dengan kerja mereka tadi. Amri bertanya “Ayai, sekarang pukul berapa?” Ayai menjawab “Sekarang pukul 8. ehh!!! Kita kena masuk dewan kuliah sekarang! cepat!” Kemudian mereka mengemas barang barang dan berlari ke dewan kuliah.
Farrah berkata “Eh, Mengapa mereka lari lari tu?” Huda menjawab “Tidak tahu lah.” Kemudian Huda menengok jam tangannya. Huda menjerit “Farrah! Sudah pukul 8 la! Kita berdua kena pergi dewan kuliah sekarang. Cepat cepat!” Farrah berkata “Yelah kan! Tidak perasan pula! kemas cepat!” Huda dan Farrah mengemas barang-barang dan berlari sambil melambai ke arah rakan-rakannya yang lain. Eizanie berkata “Apalah mereka berdua ini. Sudah la, marilah kita pergi.” Kemudian Aisyah, Eizanie dan Elina pun beredar dari situ.
Apabila sudah sampai di dewan kuliah, Huda dan Farrah segera mencari tempat duduk. Ayai berkata kepada Danial dan Amri “We, tu perempuan tadi la!” Danial membalas “Yelah kan. hehe, tidak perasan pula mereka satu kuliah dengan kita.” Amri pula berkata “Alah, yang baju hijau tidak ada lah. hmm.”
Apabila sudah menjumpai tempat duduk, Farrah berkata “Fuhh, nasib baik Prof Ammar tidak datang lagi.” Huda membalas “Itu dia baru sampai! SHHH!” Apabila Profesor Ammar Haiqal memasuki dewan kuliah itu, keadaan menjadi senyap. Prof Ammar berkata “Assalamualaikum semua. Okay, please open your Biology book .” Kemudian mereka mengeluarkan buku Biologi masing-masing . Huda membuka begnya dan mencari buku Biologi tetapi tidak ada. Huda berasa bimbang. Dia membisikkan sesuatu kepada Farrah “Farrah, awak ada terambil buku Biologi kita tidak?” Farrah menggeleng.
Ayai juga masih mencari-cari buku biologinya di dalam beg. Dia juga tidak membawa buku. Tiba-tiba Prof berkata “Siapa yang tidak bawa buku sila berdiri sekarang.” “Ish, sebelum ini tidak pernah pun suruh orang yang tidak bawa buku berdiri. Masa aku tidak bawa lah dia nak panggil.” kata Ayai sambil menghayunkan sikunya. Kemudian mereka pun berdiri secara perlahan-lahan. Hanya dua orang yang tidak membawa buku iaitu Ayai dan Huda. Prof Ammar berkata “Hmm , apa nama kamu berdua?” Ayai menjawab “Nama saya Iskandar.” Huda pula menjawab “Nama saya Huda.” Kemudian prof berkata “Baiklah, kamu boleh duduk. Kongsi buku dengan rakan sebelah.” Lalu, mereka pun duduk. Huda berasa pelik dan berkata di dalam hati “Mengapa prof tiba-tiba suruh orang yang tidak bawa buku berdiri lepas itu tanya nama. Hmm, peliknya.”
Ayai berkata perlahan sambil memandang ke arah Huda “Oh, nama dia Huda rupanya. Hehe.” Danial dan Amri hanya menggelengkan kepalanya.
Pejam celik Pejam celik, sekarang sudah pukul 6 petang. Masa untuk mereka pulang. Semasa Huda dan Farrah keluar dari dewan kuliah, Ayai dan rakan-rakannya sudah menunggu mereka berdua di luar. Ayai menjerit “Huda !” Huda dan Farrah memberhentikan langkahnya dan memandang ke arah suara itu. Ayai melambai-lambai tangannya ke arah Huda. Huda tidak menghiraukan Ayai lalu menarik tangan Farrah dan menyambung langkahnya. Ayai berlari ke arah Huda dan memanggil lagi “Eh! Sekejap sekejap!” Huda memusing belakang dan berkata “Ya, Ada apa?” Ayai menjawab “Err, Assalamualaikum. Nama saya Iskandar Dzulqarnaen. Boleh panggil saya Ayai. Ini Danial dan Amri. Awak pula?” Huda membalas “Waalaikumsalam. Saya Nurulhuda. Panggil saya Huda. Ini Farrah.” Ayai menjawab “Oh, Danial ini nak berkenalan dengan Farrah. So, ini nombor telefon Danial.” Kemudian  Ayai menghulurkan sekeping kertas kecil dan memberinya kepada Farrah. Danial berkata “Eh! Aku pula!” Ayai menutup mulut Danial. Kemudian Farrah mengambil kertas itu dan mukanya sudah menjadi merah. Amri berkata “Huda, kirim salam kat kawan awak yang baju hijau tadi tu ya. hehe.” Huda senyum lalu mengangguk. Ayai berkata “Huda, saya nak nombor telefon awak boleh? hehe.” Huda menjawab “Hmm, Ala tak perlu pun.” Ayai membalas “Alah, boleh la boleh la!” Huda malas mahu melayan karenah Ayai. Huda mengeluarkan sekeping kertas kecil dan menulis nombor telefonnya lalu memberikan kertas itu kepada Ayai. Huda berkata “Okay, We have to go now! Assalamualaikum.” Ayai menjawab “Terima kasih. Bye Huda! Waalaikumsalam.”
Danial melambai-lambai Farrah dan Farrah melambainya semula. Lalu Huda dan Farrah berjalan laju ke arah kereta Elina. Mereka pergi dan pulang dari Universiti dengan menaiki kereta Myvi Elina yang berwarna purple yang penuh dengan gambar-gambar Justin Bieber. Elina merupakan peminat setia Justin Bieber. Kesemua CD Justin Bieber yang dijual di pasaran sudah dibeli oleh Elina. Wow! Hebat bukan? hehe.
Apabila Elina sudah nampak Huda dan Farrah, dia berkata “Ya Allah! Awak berdua pergi mana? Lama kitorang tunggu tau!” Farrah membalas “Sorry sorry. Mari lah balik sekarang.” Lalu, mereka pun menaiki kereta dan pulang ke rumah.
Semasa dalam perjalanan pulang , Eizanie bertanya Huda dan Farrah “Huda, Farrah! Tadi tu awak berdua pergi mana lama lama?” Huda menjawab “Tadi ada tiga orang budak lelaki jumpa kita dengan Farrah. Tidak silap nama dia Ayai, Danial dan Amri. Danial minat kat Farrah. hehe. Oh ya, sebelum kita terlupa. Amri ada kirim salam dekat awaklah Eizanie.” Aisyah berkata “Wah! Farrah dan Eizanie ada peminat lah!” Farrah berkata “Eh, Ayai pula suka Huda! Hehe, Danial tu comel.” Eizanie berkata “Hah? Dia kirim salam dekat kita? hehe, Waalaikumsalam.” Elina berkata “Patut lah lama sangat kita tunggu. Ish ish! Awak semua ini gatal kan?” Huda berkata “Eh, mana ada! Budak budak lelaki tu yang panggil kita.” Eizanie membalas “Yelah Huda. Sebenarnya awak suka kan. Cuma tidak mahu mengaku!” Muka Huda kemerah-merahan. Mereka semua ketawa terbahak-bahak.
Apabila sudah sampai di rumah, Mereka solat Asar berjemaah. Selepas selesai solat, mereka duduk di lantai dan berborak tentang perkara yang berlaku tadi. Eizanie berkata “Huda, budak yang kirim salam kat kita tu nama dia Amri kan? Dia tu nampak baik ke nakal ke apa?” Huda menjawab “Kita tengok dia nampak macam baik sahaja macam kawan-kawan dia juga lah. Mengapa? Awak suka ya? hehe.” Farrah berkata “Danial tu comel! Dia baik juga. Amri tu pun boleh la tahan. hehe, kita gurau la.” Aisyah berkata “Farrah tidak habis-habis cakap Danial comel, Danial comel! Awak semua ini gatal betul lah! Tengok kita dengan Elina, tidak ada pun tau. Kan Elina?” Elina menyokong “Betul tu! Tapi kalau ada calon, kita pun mahu juga. hehe.”
*Buzz Buzz* Kedengaran seperti bunyi telefon yang bergetar. Huda segera bangun dan mengambil telefonnya. Huda berkata “Ada orang telefonlah. Sekejap ya.” Huda pun duduk di atas katil dan menjawab panggilan itu “Hello, Assalamualaikum.” Pemanggil membalas “Waalaikumsalam. Hai Huda!” Huda berkata “Umm, hai. Ini siapa?” Pemanggil itu menjawab “Ini Ayai lah! Ayai! ” Huda membalas “Oh, ada apa Ayai?” Ayai berkata “Awak, Danial minta nombor telefon Farrah la. Boleh?” Huda menjawab “Danial? Sekejap ya, saya tanya Farrah.” Kemudian Huda memanggil Farrah dan berkata “Eh, Farrah! Sini sekejap!” Farrah berlari ke arah Huda dan berkata “Ya, Mengapa awak panggil kita?” Huda membalas “Ayai kata, Danial minta nombor telefon awak. Awak mahu bagi ke tidak?” Farrah senyum lebar dan mengangguk dengan bersemangat. Kemudian Huda memberitahu Ayai “Ayai! Farrah kata boleh. Nombor telefon dia 0198765432.” Ayai berkata “Oh, Ok. Danial kata terima kasih . Huda, kita kan satu kuliah kan? Esok pagi awak dan Farrah tunggu saya dan Danial di kantin, kemudian kita masuk dewan kuliah sama sama. Boleh?” Huda menjawab “Umm, tidak tahu lah. tengoklah esok.” Ayai membalas “Ala, boleh la! Please.” Muka Huda kemerah-merahan.  berkata “Hmm, InsyaAllah. Tengoklah esok ya. Assalamualaikum. Bye bye.” Ayai membalas “Waalaikumsalam. Bye!”
Kemudian mereka mematikan telefon. Huda sudah mula tersenyum lebar. Sebenarnya Huda mahu tetapi dia ini seorang yang sangat pemalu. Aisyah berkata “Amboi, senyum sampai ke telinga cik Huda ini.” Huda seperti tidak mendengar perlian Aisyah kerana dia sedang berangan. Farrah berkata “Wah! Danial minta nombor telefon kita!” Eizanie membalas “Haha, suka lah tu.” Huda bertanya “Farrah, esok Ayai dan Danial suruh kita tunggu kat kantin. Dia kata nak masuk dewan kuliah sama-sama. Awak nak ke?” Farrah menjawab “NAK!!” Elina berkata “Semangat betul kawan kita seorang ini. Eh, esok Hujan lah! Tidak boleh jumpa. Hehe.” *kring kring* Ada lagi bunyi telefon. Kali ini telefon Farrah pula. Huda berkata “Hah, itu mesti Danial!” Farrah menjerit “SHHH! Jangan bising!” Lalu, Farrah menjawab panggilan itu dan berkata dengan suara yang lembut “Assalamualaikum.” “Halo, ini Pak Wardo ya? Ini aku Jali. Aku mahu ketemu sama kamu sekarang . Ada kerja baru dong! Mahu ikut enggak?” Kata Si pemanggil dengan loghat indonnya. Farrah menjawab “Eh, maaf. Awak silap nombor ini.” Kemudian Farrah segera mematikan telefonnya.
Aisyah berkata sambil tergelak gelak “Hahahah! Bukan main lagi suara lembut dia tu. Rupa-rupanya mamat indon!” Farrah sangat malu kerana diketawakan rakan-rakannya itu . Huda berkata “Ala , jangan lah gelak. Kesian Farrah. Nanti dia merajuk pula.” Elina menyambung “Eh, Pak Wardo(Farrah) merajuk lah! Hahaha!” Kemudian mereka memujuk-mujuk Farrah. Farrah berkata “Sudah sudah, kita nak tidur lah. Esok nak bangun awal pergi U! Bye, Assalamualaikum.” Kemudian Farrah pun pergi tidur. Rakan-rakannya yang lain juga masuk tidur di bilik kongsi mereka. Huda berkongsi bilik dengan Farrah. Aisyah pula berkongsi dengan Eizanie dan Elina.
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Mata Huda masih terkelip kelip memandang siling rumahnya. Huda memandang Farrah disebelahnya yang sudah tidur dibuai mimpi. Huda cuba mengejutkan Farrah tetapi Farrah tidak dia menghiraukannya. Malah dia menarik selimut dan menutup seluruh tubuhya. *Buzz Buzz* Kedengaran bunyi telefon. Huda  melihat telefonnya. Rupa-rupanya, Ayai menghantar mesej.
Ayai berkata “Assalamualaikum Huda! Awak sudah tidur ke?” Huda membalas “Waalaikumsalam . Belum lagi. Awak nak apa?” Selepas 2 minit telefonnya berbunyi lagi. Ayai berkata “Tidak ada apa-apa. Saja nak mesej mesej dengan awak. Hehe.” Huda membalas “Hmm, sudah la. Kita nak tidur ini. Assalamualaikum.” Selepas beberapa minit , Ayai menelefon Huda . Getaran telefon itu sangat kuat. Tiba-tiba Farrah menjerit “AAAARRRR!!!” Huda berasa takut tetapi dia hanya mendiamkan diri.  Huda berkata “Farrah ini mengigau ke?” Huda tidak mahu mengangkat panggilan telefon itu . Ayai cuba  menelefonnya lagi. Huda pun terpaksa mengangkat telefon kerana dia tidak mahu mengejutkan Farrah yang sedang tidur.
Huda berkata “Hello. Assalamualaikum, awak nak apa telefon saya tengah tengah malam ini!” Ayai menjawab “Waalaikumsalam. Alolo, comelnya suara dia bila marah. Hehe, sorry lah. Saya tidak ada kawan nak borak. Saya tidak boleh tidur lagi ini. Boleh tak awak temankan saya? Hehe.” Huda membalas “Hmm, yelah. Tapi sekejap saja ya! Saya sudah mahu tidur.” Ayai berkata “Ok Huda. Eh, saya nak tanya awak sesuatu boleh?” Huda menjawab “Tanyalah.” Ayai membalas “Awak ada suka sesiapa?”Huda membalas “Err , Mengapa tanya begitu?” Ayai berkata “Jawablah soalan kita tu dulu.” Huda menjawab “Kita suka dekat Ayai! Haha, tidak adalah. Tidak suka sesiapa pun lah.” Ayai membalas “Awak suka saya? Wah, awak suka saya lah! Haha, sudahlah. jangan tipulah. Mengaku sahaja awak suka saya.” Huda berkata “Awak ini perasan sahaja lebih. Saya gurau lah tadi tu.” Ayai membalas “Tipu! Tipu! Awak suka saya! Kantoi sudah!” Huda berkata “Cakap lah apa awak nak cakap ya.” Ayai membalas lagi “Haha, oklah Huda. Pergilah tidur. Saya pun mahu tidur. Assalamualaikum. Jumpa esok ya.” Huda berkata “Hmm, baiklah. Waalaikumsalam.”
Pada keesokan harinya, Farrah bangun pukul 5.30 pagi. Awalnya! Hari ini dia tidak sabar untuk pergi ke Universiti kerana dia mahu berjumpa dengan Danial. Hari ini, Farrah sudah menyiapkan dirinya lebih awal dari hari biasa. Huda, Elina, Aisyah dan Eizanie masih bersiap lagi. Farrah menjerit “Awak semua ini lambatnya bersiap! Kita sudah lama siap tau.” Huda membalas “Eleh, bukan kitorang yang lambat siap tapi awak yang terlebih awal.” Eizanie menyampuk “Farrah bersiap awal sebab dia mahu jumpa Si Danial tu.” Elina menjerit “Kita sokong!” Aisyah berkata “Patutlah Farrah pakai cantik cantik terlebih hari ini, hehe.” Farrah memarahi mereka “Awak semua ini cemburu ya? Cepatlah bersiap! Kita sudah lambat ini.” Farrah sangat beria-ia mahu pergi awal, sedangkan baru pukul 6.00 pagi. Huda berkata “Farrah, sabarlah. Subuh pun belum lagi ini.” Farrah pun mendiamkan diri .
*Allahuakbar Allahuakbar!* Azan subuh sudah kedengaran. Selepas Farrah selesai mandi, dia sudah mengambil wudhu’. Apabila Farrah sudah mendengar azan dia berlari ke arah telekungya dan segera memakai telekung itu. Huda berkata di dalam hati “Wah! Bagusnya Farrah ini. Contoh yang sangat baik. Bagus-bagus.”
Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Mereka sudah bersedia di dalam kereta Elina. Elina sedang memanaskan enjin keretanya.  Farrah menjerit “Elina! Lama lagi ke? Cepat lah!” Elina berkata “Sabar ya, kereta kita ini kalau tidak panaskan nanti rosak. Kalau rosak  tidak boleh pergi Universiti awal. Kalau tidak boleh pergi awal, tidak dapat lah awak jumpa mata air awak tu. Hahaha!” Farrah mendiamkan diri. Kemudian Elina menjerit “Hah! Ok, sudah beres. Mari gerak.” Rakan-rakannya yang lain terkejut dengan jeritan Elina. Lalu, Elina menaiki kereta dan mereka pun pergi ke Universiti.
Dalam perjalanan, Farrah tersenyum lebar sambil ketawa kecil sendirian. Aisyah berkata “Mengapa dengan awak ini Farrah?” Eizanie membalas “Dia tidak sabar nak jumpa Danial. Haha.” Elina tidak berkata apa apa kerana dia menumpukan perhatian membawa kereta. Farrah tidak menjawab soalan Aisyah malah menyuruh Elina membawa kereta dengan laju. Farrah menjerit “Elina! Laju lah sedikit, barulah boleh pergi awal!” Huda berkata “Elina, jangan dengar cakap Farrah. Bahaya lah bawa kereta laju laju.” Elina hanya mengangguk. Farrah mengeluh. Aisyah berkata “Farrah, sabar lah. Mesti dia tunggu awak punya lah. Sekarang baru pukul 7.35.” Farrah diam.
Apabila sampai di Universiti, tiba tiba sahaja Farrah sakit perut. Farrah berkata “Huda! Mari pergi tandas sekejap. Yang lain pergilah dewan kuliah masing-masing ya. Bye!” Huda mengangguk dan mereka berdua pergi ke tandas. Elina, Aisyah dan Eizanie pun berjalan ke dewan kuliah mereka. Farrah dan Huda sudah lupa yang Danial dan Ayai sedang menunggu mereka di kantin.
Ayai berkata “Eh, lambatnya mereka ini.” Danial membalas “Mungkin mereka tidak datang hari ini.” Ayai berkata “Alaaa, Mengapa tidak datang pula. Hmmm. Eh, sudah lambat lah. Kau hendak tunggu lagi?” Danial membalas “Marilah, mereka tidak datang rasanya.” Kemudian mereka berdua pun berlari ke dewan kuliah.
Huda menjerit “Farrah! Cepatlah! Kita sudah lambat!” Farrah membalas “Sekejap lah! Lambat sedikit tidak mengapa lah.” Huda sangat risau. Dia takut dimarahi Prof Ammar. Huda menengok jamnya. Sudah pukul 8.15 pagi. Huda menjerit lagi “Farrah!!” Farrah berkata “Ya! Kita nak keluar lah ini.” Kemudian Farrah membuka pintu tandas lalu membasuh tangannya. Kemudian mereka segera pergi ke dewan kuliah.
Apabila sudah sampai di dewan, mereka lihat Prof Ammar masih belum masuk. Huda berkata “Alhamdulillah..” Mereka berdua berasa sangat lega. Mereka berdua pun mencari tempat yang masih kosong. Disebelah Ayai ada dua tempat kosong, mereka terpaksa duduk di situ. Semasa mereka sedang berjalan menuju ke meja yang kosong itu, Ayai memanggil Huda. “Huda!” Lalu, Huda memandang ke arahnya. Farah turut memandang. Ayai dan Danial sedang melambai-lambai dengan begitu semangat. Huda dan Farrah senyum sahaja. Apabila mereka sudah duduk, Ayai berkata “Yay! Huda duduk kat sini.” Dia tersenyum lebar. Huda berkata “Hmm, terpaksa lah.” Danial melambai-lambai Farrah. Farrah turut melambai Danial. Meja-meja di situ mempunyai jarak dari meja-meja yang lain jadi, tidak salah Huda duduk di meja sebelah Ayai.
Ayai bertanya “Huda, Mengapa lambat hari ini? Saya ingatkan awak tidak datang.” Huda menjawab “Tadi Farrah…” Belum sempat Huda menghabiskan ayatnya, Farrah sudah menyampuk “Err, tadi ada kecemasan sikit. Hehehe.” Danial menjawab “Oh.” Tiba-tiba ada seorang lelaki berumur memasuki dewan kuliah lalu berkata “Assalamualaikum dan salam sejahtera. Maaf semua, hari ini Prof Ammar kurang sihat. Pensyarah-pensyarah lain tidak ada yang boleh menggantikan Prof Ammar kerana jadual mereka sangat ketat. Saya minta maaf lagi sekali. Sekarang kamu semua boleh pergi berehat-rehat di kantin sementara tunggu kelas seterusnya iaitu 2 jam lagi. So, have Fun!”Kemudian mereka semua pun beredar dari situ. Huda dan Farrah mahu pergi makan di kantin. Mereka pun berjalan keluar dari dewan kuliah. Semasa sedang berjalan tiba-tiba ada seseorang mencuit bahu Farrah. Farrah memandang belakang dan dia nampak Danial. Danial berkata “Assalamualaikum Farrah!” Huda turut memandang belakang. Farrah menjawab salam “Waalaikumsalam Danial.” Danial membalas “Mari pergi beli makanan.” Farrah berkata “Eh, Huda macam mana.” Tiba tiba Ayai menyampuk “Kalau tentang Huda, awak jangan risau. Awak berdua pergilah ya. Bye!” Huda berkata “Eh! Farrah!” Farrah berkata “Mari lah pergi sekali.” Ayai berkata “Eh, awak berdua pergi dulu. Nanti saya dengan Huda akan menyusul.”
 Kemudian Farrah dan Danial pergi kantin. Huda berasa letih jadi berjalan ke arah kerusi kosong itu. Ayai mengikutinya dari belakang. Apabila Ayai mahu duduk Huda berkata “Eh, tidak boleh duduk! Awak berdiri ya.” Ayai membalas “Ala, saya mahu duduk juga.” Huda berkata “Baiklah, awak duduk. Saya pergi dahulu. Bye.” Huda pun bangun dan berjalan laju ke arah hadapan. Huda tidak tahu ke mana arah tujunya tetapi dia tetap berjalan. Huda sengaja tidak mahu berborak dengan Ayai kerana Huda berasa malu. Ayai berkata “Eh! Huda, tunggu saya.” Ayai berlari ke arah Huda dan menahannya. Ayai berkata lagi “Huda, janganlah lari! Kesian saya seorang diri di belakang tadi.”
Ramai orang yang berada di situ memandang gelagat mereka berdua. Huda membalas “Hmm, baiklah.” Ayai berkata “Huda! Saya ada sesuatu nak bagi awak.” Huda mendiamkan diri. Ayai menarik beg Huda dari tangannya dan memasukkan sekeping kad. Huda berasa terkejut dan berkata “Eh, apa benda yang awak masukkan itu?” Ayai menghulurkan beg Huda dan berkata “Nah beg. Awak baca kad itu dirumah nanti ya, hihi.” Huda mengambil begnya. Dia senyum lalu mengangguk.  Kemudian Huda berkata “Ayai! Saya mahu pergi kantinlah.” Ayai menjawab “Oh, Huda pergi dahulu ya. Saya mahu ke tandas sebentar.” Huda mengangguk lalu berjalan ke kantin. Ayai pula berlari anak ke tandas.
Semasa Huda sedang membeli makanan, tiba tiba ada orang memberi salam. “Assalamualaikum..” Huda menjawab “Waalaikumsalam.” Lalu Huda memandang belakang. Rupa-rupanya orang itu Ayai. Huda segera memandang ke hadapan semula. Ayai pergi ke sebelah Huda dan berkata “Huda beli apa?” Huda menuding jarinya ke arah makanan yang mahu dibeli itu. Huda berkata kepada penjual makanan “Makcik, saya mahu nasi lemak satu dan air mineral satu ya.” Ayai berkata “Acik, saya bayar. Berapa harganya?” Penjual makanan itu berkata “RM2.00 sahaja.” Huda berkata “Eh, tidak apa. Saya bayar ya cik.” Ayai menyampuk “Saya yang bayar.” Acik itu berkata “Aduhh, mana satu ini? Pening kepala saya.” Ayai dan Huda pun menghulurkan duit mereka.
Acik itu menolehkan kepalanya ke duit Ayai kemudian menolehkan kepalanya ke duit Huda. Lalu, dia mengambil duit Ayai dan berkata “Sudah, saya ambil duit dia. RM2.00 je pun, tak perlu bergaduh. Terima kasih ya. Eh, Awak berdua ni serasi betullah, hehe.” Huda diam dan menyimpan duitnya tadi. Ayai memandang Huda dan senyum kepadanya.  Huda menjelir lidahnya lalu dia pergi membawa makanan yang dibeli tadi ke meja yang telah diduduki oleh Farrah. Tetapi Huda lihat Farrah dan Danial sedang berborak borak. Huda tidak mahu menganggu mereka jadi dia mencari meja yang lain. Apabila sudah menjumpai meja, Huda duduk menjamu makanan yang dibeli. Apabila dia sedang enak menikmati nasi lemak itu, tiba tiba Ayai datang dan duduk di hadapan Huda. Huda tidak menghiraukannya. Ayai pandang sahaja Huda yang sedang makan. Ayai berkata “Ala comelnya cara dia makan. Hehe, nak sikit boleh.” Huda berkata dengan suara yang sangat perlahan “Pergilah beli sendiri.” Ayai berkata “Apa? Tidak dengar lah.” Huda menguatkan suaranya “Pergilah beli sendiri!” Ayai berkata “Oh, malaslah. Nanti kalau saya pergi beli makanan, awak tinggal seorang diri. Saya teman awak makan sahajalah.” Huda membalas “Tidak perlu teman, Saya seorang diri pun tidak apalah. Lagipun bukan lama pun beli makanan.” Ayai berkata “Lamalah. Lebih dari seminitkan lama. Hehe.” Huda ketawa kecil.
Tiba-tiba kedengaran bunyi orang menjerit memanggil nama Huda “Huda!!” Mereka  ialah Eizanie, Elina dan Aisyah. Elina berkata “Amboi! Awak berdua berdating ya! Hahaha.” Aisyah pula berkata “Sweetnya!” Huda berkata “Eh, tidak! Mana adalah! Jangan salah faham.” Eizanie bertanya “Haha, bertenang Huda. Kami bergurau sahaja. Eh, mana Farrah?” Huda menuding jarinya ke arah Farrah. Elina berkata “Oh, berdating juga Farrah itu.” Huda berkata “Awak semua baru keluar dari dewan kuliah ya?” Eizanie menjawab “Yelah. Awak tidak masuk dewan kuliah ke?” Ayai menyampuk“Tadi kelas dibatalkan. Pelajaran seterusnya bermula 10 minit lagi. Sebentar lagi kami pergi.” Huda berkata di dalam hati “Ish, sibuk sahaja Ayai ini.” Kemudian Huda berkata “Eh, kita pergi dulu ya. Waktu balik nanti awak semua tunggu kita dan Farrah di tempat letak kereta Elina ya.” Mereka senyum dan mengangguk. Kemudian Huda dan Ayai pergi ke meja Danial dan Farrah. Tiba-tiba Huda ternampak Amri berlari anak ke arahnya. Mereka berdua memberhentikan langkah. Amri berkata kepada Ayai “Assalamualaikum! Hai Ayai!” Ayai membalas “Waalaikumsalam. Hai!” Kemudian Amri bertanya Huda “Huda! Huda! Mana kawan awak yang hari itu ya?” Huda berkata “Itu dia.” Sambil menunjuk ke arah Eizanie. Amri bertanya lagi “ Okay.. Eh sebentar! Apa nama dia ya?” Huda menjawab “Nama dia Nur Eizanie Bt. Muhd Idris. Panggil dia Eizanie.” Amri mengangguk dan berkata “Thank you!” Lalu Amri pun berjalan ke arah Eizanie. Huda dan Ayai pun menyambung langkahnya. Ayai berkata “Danial! Farrah! Marilah kita masuk dewan kuliah. Selepas ini Puan Aina Farzana pula yang masuk.” Danial dan Farrah pun bangun dan mereka bereempat memasuki dewan kuliah.
Eizanie, Elina dan Aisyah sedang rancak berbual-bual. Tiba-tiba Amri datang dan memberi salam “Assalamualaikum.” Mereka membalas salam. Elina berkata “Waalaikumsalam. Ada hal apa ya?” Amri menjawab “Umm, Nama saya Amri. Saya kawan Ayai dan Danial.” Tiba-tiba muka Eizanie sudah menjadi merah. Aisyah berkata “Oh, awak budak yang minat dekat Eizanie tu ya? Hehe.” Eizanie mencubit lengan Aisyah. Aisyah memukul perlahan tangan Eizanie. Eizanie berkata “Oh, Amri. Ada apa ya?” Amri menjawab “Umm, nak kenal dengan awak sahaja. Ini nombor telefon saya.” Amri menghulurkan sekeping kad yang bertulis nama dan nombor telefonnya. Eizanie pun mengambil kad itu dan berkata “Umm, okay.” Amri berkata “Saya mahu nombor awak boleh?” Lalu, Amri mengeluarkan telefon bimbit Samsung Galaxy 3 nya. Eizanie mengangguk dan memberitahu nombor telefonnya. Eizanie sudah pernah nampak Amri sebelum ini tetapi dia tidak mengetahui namanya dan Eizanie juga sudah lama sukakan Amri. Eizanie juga tahu tentang latar belakang Amri.  Amri merupakan anak kepada Dato’ Azizuddin. Dia seorang yang sangat kaya. Rumahnya banglo 3 tingkat. Wah!
Amri berkata “Oh, kay thanks. I’ll call you later. Bye , I have to go now.” Eizanie membalas “Okey, bye.” Kemudian Amri pun berjalan pergi dari situ. Eizanie berkata kepada Elina dan Aisyah“Awak awak! Dialah Amri rupanya! Kita dah lama minat kat dia tau.” Elina membalas “Haha, untunglah awak.” Aisyah berkata “Tahniah ya Eizanie. Hehe. Eh, kita dah kena pergi dewan kuliah ini. Dah lambat! Bye!” Elina dan Eizanie melambai Aisyah.
Aisyah pun berlari anak masuk ke dewan kuliah. Tiba-tiba *DUSH* Aisyah terlanggar seseorang. Aisyah terjatuh dan buku-bukunya berselerak di atas lantai. Aisyah berkata “Aduh.. Sorry sorry sorry! Saya nak cepat ni.” Aisyah memandang ke arah orang yang dilanggarnya itu. Dia seorang lelaki yang tinggi dan sangat tampan. Orang itu membalas “Eh, tidak mengapa.” Orang itu pun menolong Aisyah mengemaskan buku-bukunya yang terjatuh. Apabila sudah selesai, Aisyah bangun dan berkata lagi “Umm, saya minta maaf lagi sekali. Awak tidak apa apa?” Orang itu membalas “Sepatutnya saya yang bertanyakan soalan itu kepada awak. Hehe. Hai, saya Adzmi. Awak pula?” Aisyah berkata “umm saya Aisyah. Minta maaf ya, saya terpaksa pergi dahulu. Assalamualaikum.” Aisyah pun berlari lagi sehinggalah dia sampai di dewan kuliah. Adzmi hanya memandang Aisyah. Tiba-tiba Adzmi ternampak sekeping kad kecil di atas lantai. Dia pun mengambil kad itu. Rupa-rupanya kad itu adalah kepunyaan Aisyah. Ia tertulis nama, nombor telefonnya dan sepotong ayat. Ayat itu berkata “I really hope I can find a guy that really cares about me.” Adzmi pun berkata di dalam hati “Hmm, ada peluang ini. Hehe, nanti aku mahu telefon dialah.” Lalu, Adzmi tersenyum lebar dan dia pun beredar dari situ.
Selepas beberapa jam, sudah tiba masanya untuk pulang. Elina, Huda dan Farrah sudah berada di kereta. Cuma Eizanie dan Aisyah sahaja yang masih belum datang. Huda berkata “Ish! Mana mereka berdua ini?” Farrah membalas “Itu lah! Semalam kita yang lambat hari ini mereka pula.” Elina berkata “Dah, itu Eizanie sudah datang.” Eizanie berlari ke arah mereka. Farrah bertanya “Awak pergi mana tadi?” Eizanie membalas “Minta maaf, saya pergi tandas tadi.” Elina berkata “Oh. Patutlah lepas habis kuliah itu awak sudah tidak ada. Kita ingatkan awak mahu ke kereta.” Kemudian Aisyah pula datang. Huda bertanya “Cik puan, ke manakah anda pergi?” Aisyah menjawab “Sorry, sorry. Kuliah kita habis lambat sikit tadi. Pensyarah terangkan tentang projek.” Kemudian Elina berkata “Baiklah, sekarang semua sudah ada. Lets go home!”
Semasa di dalam kereta, Aisyah memberitahu rakan-rakannya tentang perkara yang berlaku tadi. Rakan-rakannya tekun mendengar. Farrah berkata “Amboi! Aisyah pun dah ada ya. Haha, hari itu bukan main lagi kata kita semua gatal.” Elina berkata “Ha’ah. Aisyah Aisyah..” Aisyah membalas “Hehe, sorry sorry.” Huda berkata “Ada ada sahaja awak semua ini. Haha.” Eizanie berkata “Haha, kita pun ada juga tau!” Huda dan Farrah berkata serentak “Amri!” Mereka ketawa.  Farrah menjerit “Eh, awak semua ingat tak yang mamat indon telefon kita hari itu?” Mereka mengangguk. Farrah menyambung lagi “Orang itu Danial lah! Hari itu, Semasa Prof Ammar tidak datang, kelas kita boleh berehat-rehat, makan-makan dan boleh menyiapkan kerja masing-masing. Huda pergi bersama Ayai dan kita pergi bersama Danial. Kita dan Danial pergi kantin.Beberapa lama kemudian, Kita lihat Huda dan Ayai sedang bergaduh di tempat membeli makanan. Masa tu, kita dan Danial berborak tentang bermacam macam perkara sehinggalah Ayai dan Huda datang.” Mereka semua tersenyum.
Kemudian, beberapa minit kemudian mereka pun sudah sampai di rumah. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam . Mereka solat maghrib berjemaah. Selepas solat, Huda dan Elina mononton drama korea yang bertajuk ‘Reply 1997’ sementara Aisyah, Farrah dan Eizanie sedang bermain komputer riba mereka. Selepas 1 jam lebih berlalu, Huda berkata “Eh, dah la. Sudah masuk waktu solat. Kita solat kemudian masuk tidur ya.” Mereka pun bersetuju lalu mengambil wudhu’ dan bersedia untuk solat. Apabila selesai, mereka masuk bilik masing-masing dan tidur.
Pada malam itu, Huda tidak boleh tidur. Dia masih terfikirkan lagi tentang perkara di Universiti tadi. Huda teringkatkan kad yang diberi oleh Ayai. Kemudian dia bangun dari katil dan membuka lampu. Tiba-tiba Farrah bangun. Farrah berkata dengan suara yang mengantuk “Huda.. Kenapa awak buka lampu?” Huda berkata sambil mencari-cari kad itu di dalam beg “Sekejap. Saya terlupa nak baca kad yang Ayai bagi tadi.” Kemudian Farrah pun bangun dan menjerit “Hah! Nak baca juga!” Huda membalas “Ini dia! Sudah jumpa pun!” Kemudian Huda duduk di atas katil. Farrah berkata “Wah! Warna merah jambu. Comelnya?” Huda tersenyum. Lalu,  Huda membuka sampul kad dengan lemah-lembut lalu membacanya..

Apabila Huda membaca kad itu, mulutnya ternganga. Farrah menjerit “Fuhhh!!!”  Huda mendiamkan diri. Farrah berkata “Jadi dia suka awak. Awak suka dia?” Huda menjawab “Umm..” Farrah menjerit “Huda!” Huda tersenyum kecil lalu mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu. Muka Huda menjadi kemerah-merahan.
*Buzz Buzz* Kedengaran bunyi telefon yang bergetar. Ada pemanggil. Huda mengambil telefon dan melihat siapa yang memanggilnya. Ayai yang menelefon Huda. Huda berasa gementar untuk bercakap dengan Ayai tetapi Huda tetap mengangkat. Huda berkata“Hello, Assalamualaikum.” Ayai membalas “Hello. Waalaikumussalam. Huda! Awak sudah baca ke kad yang saya bagi tu?” Huda berkata “Umm, sudah. Baru sahaja baca.” Ayai membalas “Jadi..” Huda bertanya “Jadi apa?” Ayai menjawab “Umm, Huda..” sebelum Ayai sempat menghabiskan ayatnya, Huda sudah menyampuk. “Sebenarnya saya dah lama suka awak.” Ayai terkedu mendengar Huda kata begitu. Kemudian Ayai berkata “Betul ke?” Awak selalu elakkan diri dari saya sahaja sebelum ini.” Huda membalas “Umm, sebelum ni saya malu...” Ayai ketawa kecil. Ayai berkata “Ohh, okay.. hehe..” Huda membalas “Tapi saya rasa kita berkawan sahajalah ya..  Eh, dah lewat ini. Saya tidur dulu ya. Awak pun pergilah tidur.” Ayai berkata “Okay, saya tak kisah. Assalamualaikum, bye!” Huda membalas “Waalaikumsalam.” Lalu mereka mematikan telefon. Farrah yang sedang mendengar perbualan mereka sedang terbayang-bayang wajah Danial. Farrah berkata di dalam hati “Comelnya mereka berdua ini. Hehe.”

Tuesday, 19 March 2013

Pengenalan ♥

Assalamualaikum..
Hello!
Blog ni pasal novel yang kitorang dah reka.. 
Umur kitorang 14 tahun. Form 2.
Tinggal di Bangi, Selangor.
 Actually, novel tu belum siap sepenuhnya lagi..
Still dalam proses, tapi nanti post lah Bab yang dah siap tu

So, ni lah muka2 orang yang buat novel ni :

*Huda*

*Afrina*

*Afiqah*

 *Balqis*

 *Aisyah*

*Elina*

*Farrah*

*Eizanie*
Sincerely,
Huda♥